+Apa itu Cabutan Bertuah KRW × Nasken?
Setiap resit sah yang anda hantar adalah satu peluang untuk menang hadiah. Lagi banyak jumlah pembelian = lagi banyak peluang.
+Resit jenis apa yang diterima?
Tiket PPV, Tiket Online Perlawanan, Tiket Kaunter Stadium, Jersi KRW dan pembelian di booth Nasken di stadium. Tekan butang Info pada setiap tile di bawah form untuk lihat contoh.
+Saya ada banyak resit. Boleh hantar sekali gus?
Tidak. 1 submission = 1 resit sahaja. Lepas submit resit pertama, klik "Hantar Resit Lain" dan ulang proses untuk resit berikutnya.
+Bagaimana entry dikira?
Bilangan entry dikira ikut jumlah belian pada resit. Contoh: jika kempen kira RM10 = 1 entry, resit RM50 = 5 entry. Untuk resit tertentu (cth: 1 tiket = 1 entry), kiraan ikut peraturan saluran tu.
+Sistem cakap "Tidak dikenalpasti" — kenapa?
Maknanya sistem tak dapat sahkan jenis resit dari gambar. Anda masih boleh hantar — admin akan semak manual. Pastikan:
• Gambar resit jelas, tak kabur
• Bukan screenshot resit yang tidak berkaitan
• Bukan logo atau kad biasa
• Maklumat pada resit boleh dibaca
+Kenapa status saya "Sedang Disemak"? / Jumlah pada resit tak sama dengan yang saya isi?
Jangan risau — submission anda tetap diterima. Admin cuma perlu sahkan dulu. Biasanya berlaku bila:
• Sistem baca jumlah berbeza dengan yang anda isi (cth: anda isi RM50, sistem baca RM5)
• Jenis resit tak dapat dikesan automatik
• Tarikh atau no. resit tak dapat dikesan sepenuhnya
• Gambar resit kurang jelas tapi masih boleh dibaca admin
Tak perlu hantar semula. Admin akan semak gambar resit asal anda dan hantar email pengesahan dengan bilangan entry yang betul.
Tip: Pastikan jumlah yang anda isi di form adalah jumlah sebenar pada resit. Sistem kira entry ikut jumlah yang disahkan, bukan yang diisi.
+Macam mana saya tahu submission saya berjaya?
Anda akan terima:
• Email pengesahan dengan Kod Entry (format NSK...)
• Notifikasi pada skrin selepas submit
Simpan Kod Entry sebagai bukti.
+Saya tak terima email pengesahan?
• Semak folder Spam / Junk
• Pastikan email yang diisi betul
• Semak status di /krw/status menggunakan email anda (pautan disediakan)
+Boleh saya guna resit orang lain?
Tidak. Anda mesti pemilik resit. Penyertaan tak sah jika resit didapati guna tanpa kebenaran.
+Sehingga bila boleh hantar?
Pendaftaran ditutup mengikut tarikh kempen. Sila rujuk tarikh perlawanan di banner atas page ini.
+Macam mana pemenang dipilih?
Cabutan akan dibuat secara rawak dari kumpulan entry sah. Cara cabutan akan dimaklumkan kemudian. Sentiasa lawati page official KRW untuk maklumat terkini.
+Format gambar apa yang diterima?
JPEG, PNG, atau WebP — maksimum 10MB. Gambar yang terlalu kecil atau pecah mungkin gagal dibaca sistem.
+Data peribadi saya selamat?
Ya. Data hanya digunakan untuk tujuan cabutan ini di bawah PDPA 2010. Disimpan oleh Nasken International (M) Sdn. Bhd. untuk pengesahan pemenang sahaja.
+Saya tersalah taip email/telefon — macam mana?
WhatsApp support team dengan Kod Entry anda (NSK...) + maklumat betul. Admin akan kemaskini & hantar semula email pengesahan ke alamat baru. Jangan submit semula, entry asal anda masih sah.
+Ada masalah lain?
Tekan butang Bantuan via WhatsApp di bawah page untuk hubungi support team.